Ya Allah..Berikanlah daku kekuatan untuk mengharungi, menahan cubaan
dan dugaan dari Mu dengan penuh kesabaran..."
DOA SEWAKTU BERSUJUD DAN KEISTIMEWAANNYA
Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa
sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh
Rasulullah s. a. w. yang biasa memanjangkan sujudnya dengan
memperbanyakkan zikir
dan doa didalamnya.
Sabda Rasulullah s. a. w :- "Suasana yang paling hampir antara
seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu
hendaklah
kamu memperbanyakkan doa di dalamnya."
Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah
satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu
sujud
akhir dalam solat.
"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, iman
yang
benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang
tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar."
Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau
sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan
Allah
dunia dan akhirat.
Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di
dalamnya.
Rasulullah s. a. w biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat
hairan kerana lamanya baginda bersujud.
Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam
sabdanya yang bermaksud:-
"Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di
hari kiamat"
Mendengar itu para sahabat bertanya: "Bagaimanakah engkau dapat
mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?"
Jawab baginda: "Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta
dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula
terdapat sekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat
mengenalinya?"
Sahabat Menjawab: "Bahkan !" Rasulullah menyambung: "Kerana
sesungguhnya pada hari itu (kiamat) muka umatku akan putih
(berser-seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka ( terutama anggota
wudu') putih berseri-seri oleh cahaya wudhu' !!!"
KEISTIMEWAANNYA...
Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya.
Rasulullah
s.a.w. bersabda yang bermaksud:-
"Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli
neraka yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya
mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan
dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana
Allah swt menegah neraka memakan (menghapuskan) bekas-bekas sujud itu,
lalu mereka pun keluar dari neraka,
maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas
sujud"
Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud. Orang yang sujud
mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa.
Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan
menjadi
hamba yang benar-benar mendapat rahmat. Amin, ya rabbal alamin.....
No comments:
Post a Comment