Monday, August 16, 2010

Amalan pemakanan Rasullullah SAW yang dipraktikkan oleh kaum Yahudi

Terjemahan ini adalah tesis Ph.D ttg kaum Yahudi oleh Dr Stephen Carr Leon yang dijumpai di sebuah laman web.

Mengapa Yahudi Bijak?

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendekiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, muzik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, di mana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau oleh manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Ph.d saya, di samping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, agama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data -data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum-kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang matematik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenuh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan kurma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan. (Catatan : Orang –orang yg menghafaz al Quran juga digalakkan mengambil kismis, badam, korma dan susu utk meningkatkan daya ingatan)

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang-orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama bdam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang ke rumah Yahudi anda akan dihidangkan buah-buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah-buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran di sekolah. (Ini juga merupakan sunnah Rasullullah supaya makan buah2an dahulu baru makanan yang berat)

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan di rumah Yahudi, jangan sekali-kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok di luar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironinya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, pemakanan anak-anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah-buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak2 Yahudi sungguh bijak dan rata-rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak-anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California , ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah ditangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara. (Ketiga2 sukan ini juga dianjurkan oleh Islam melalui hadith Rasullullah tetapi dilaksanakan oleh bangsa Yahudi yang tahu kebaikannya)

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen di kepala, banyak agama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang-orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang-orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama di bawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar di persatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulannya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yg mudah tetapi konsisten di samping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati muzik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak-kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak-anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsentrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan generasi yg bodoh dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti
dianaktirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! Ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapura dan menakjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapura hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!

Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi bodoh, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium,hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! Dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana ? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Di tangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal agama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Pharaoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis essay sepanjang 5 mukasurat penuh. Essaynya hanyalah mengenai 'Mengapa saya gemarkan tomato!'

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon


Ulasan : Mengapakah cerdik pandai Islam zaman lampau adalah mereka yang bijak dan pakar dalam pelbagai bidang adalah kerana mereka mengamalkan apa yang diajar oleh Rasullullah. Kebanyakan yang diajar kepada masyarakat moden hari ini sebenarnya merupakan apa yang berlawanan dengan ajaran Rasulallah supaya kita tidak mendapat kebaikan tetapi bangsa Yahudi melaksanakannya utk kebaikan bangsa mereka sendiri. Spt contoh pengilang terbesar rokok adalah bangsa Yahudi tetapi mereka tidak menghisapnya. Begitu juga, amalan makan di hotel2, buah2an selepas makanan utama sedangkan Yahudi memakan buah terlebih dahulu spt yg dianjurkan oleh Rasullullah. Yg mungkin tidak disentuh di sini ialah cara makan hari ini yang rata-rata menggunakan tangan kiri menggunakan garfu yg jelas bertentangan dengan ajaran Rasullulah. Adakah kita akan terus menggunakan tangan kiri sambil memegang garfu semata-mata untuk mematuhi etika makan yang dicipta entah siapa. Fikirkanlah : makan dengan tangan kanan, seperti ajaran Islam , kita mendapat ganjaran pahala dpd Allah. Makan dengan tangan kiri, walaupun tidak berdosa tetapi amalan yang sia2, kita cuma berbangga kerana berjaya mematuhi etika makan yang tidak pernah kita selidiki berasal dari mana ???

Saturday, August 14, 2010

Resepi Biskut raya

London Almond

Bahan-bahan :
250 gm mentega
150 gm gula halus
550 gm tepung gandum
2 biji telur (diambil kuningnya)
1 sudu kecil emplex
cooking chocolate (double boiling)
badam (dipanggang / dibakar)
sedikit badam serbuk(boleh gantikan dengan esen vanila tapi kureng skit la)
badam cincang
mangkuk kertas

Cara penyediaan :
Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan kuning telur dan pukul lagi. Masukkan tepung, emplex dan badam serbuk. Adun hingga menjadi doh yang boleh dibentuk. Ambil sedikit doh saiz sebesar guli dan balut badam, kemudian bentukkan menjadi bola bujur. Letakkan doh di dalam loyang yang bergris. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 175*C selama 20-25 minit atau sehingga masak dan keemasan. Sejukkan dahulu. Setelah sejuk, masukkan biskut yang telah dibakar ke dalam mangkuk kertas dan tuang coklat yang telah dicairkan di atasnya. Taburkan dengan badam cincang dengan segera supaya ia betul2 melekat dengan coklat. Biarkan sejuk dan bolehlah dimasukkan ke dalam bekas kedap udara.

Biskut Gajus

Bahan-bahan :
250 gm buttercup
185 gm gula perang
375 gm tepung gandum
125 gm gajus - dikisar
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 biji kuning telur - sapuan atas
100 gm biji gajus - hiasan

Cara penyediaan :
Pukul mentega dan gula perang hingga kembang. Masukkan tepung gandum, soda bikarbonat dan gajus kisar, gaul hingga menjadi doh. Canai doh dan terap mengikut bentuk gajus atau bujur. Cucukkan biji gajus seperti gambar dan sapukan sedikit kuning telur di atasnya sebagai hiasan. Bakar pada suhu 170'C selama 15-20 minit.

Oatmeal Chocolate

Bahan-bahan :
250 gm mentega
230 gm gula perang
100 gm gula kastor
2 biji telur
2 sudu besar susu segar
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil baking soda
200 gm tepung gandum
230 gm oat
1 cawan cip coklat semisweet
1 cawan walnut - dicincang

Cara penyediaan :
Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur, susu dan esen vanilla, pukul lagi. Masukkan campuran tepung, baking soda dan garam, kacau hingga sebati. Akhir sekali tambahkan oat, cip coklat dan walnut cincang. Gunakan kaedah 'dropping' menggunakan sudu kecil ke atas loyang (tidak perlu melenserkan majerin ke atasnya). Bakar di dalam oven dengan suhu 175'C selama 10 minit dan biarkan sejuk selama 1 minit di atas rak penyejuk.

Makmur

Bahan-bahan :
500 gm tepung gandum
80 gm gula halus
minyak sapi - ikut lembut doh
gula aising - untuk salut biskut

Bahan Inti :
300 gm kacang tanah
70 gm gula halus
*kacang tanah digoreng tanpa minyak dan dimesin halus dan dicampur dengan gula

Cara penyediaan :
Gaulkan semua bahan doh hingga lembut dan boleh dibentukkan. Ambil seketul doh sebesar biji guli dan leperkan. Masukkan inti yang telah dibentuk bujur dan balut dengan doh tadi. Jadikan ia sebesar biji buah kurma. Bakar dalam suhu 180'C selama 20 - 25 minit atau sehingga nampak masak.Sejukkan baru golekkan dalam gula aising.

Tart Gulung

Bahan-bahan :
60 gm buttercup
190 gm majerin
70 gm gula halus
1 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanilla
350 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
Glaze - 2 biji kuning telur + sedikit air & pewarna kuning
Jem nenas (boleh dibeli dikedai bahan kuih)* boleh juga kalau nak buat sendiri.... 1 biji nenas - blend dan masak dengan 1 cawan gula dan 1/2 cawan air (masak hingga kering)

Cara penyediaan :
Gaulkan butter,majerin dan gula, masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul lagi sehingga rata. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yang telah diayakkan. Gaulkan sehingga rata dan sebati.Gunakan acuan Nestar dan pamkan adunan sepanjang 2 - 3 inci. Kepalkan jem nenas sebesar biji kurma. Letakkan jem nenas di atas adunan dan gulungkan. Masukkan adunan biskut dalam acuan kertas dan sapukan dengan bahan glaze tadi. Bakar dalam oven suhu 180'C sehingga kuning keemasan atau masak dalam 20 minit.

Butter Cookies

Bahan-bahan :
250 gm buttercup
130 gm gula kastor
320 gm tepung gandum
60 gm tepung jagung
white cooking chocolate - hiasan

Cara penyediaan :
Pukul buttercup dan gula hinga sebati. Masukkan tepung gandum dan jagung yang telah diayakkan sedikit demi sedikit. Canaikan adunan dan terap mengikut bentuk kesukaan anda. Bakar pada suhu 170'C selama 20 minit. Sejukkan dan hiaskan di atasnya dengan lakaran white chocolate yang telah dicairkan. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

Honey Cornflakes

Ingredients :
40g butter
1 tbsp sugar
1 tbsp honey
2 cups corn flakes
1/2 cup nuts (optional)
Raisins (optional)

Method :
1. Melt butter over low heat.
2. Add in sugar and honey, stir till sugar is dissolved.
3. Add in corn flakes, nuts or raisins and mix well.
4. Spoon into small paper cups and bake at 180 degrees for 10 mins.

Famous Amoss Cookies

Ingredients :
2 cups butter
4 cups flour
2 tsp. baking soda
2 cups granulated sugar
5 cups blended oatmeal (measure oatmeal & blend in blender to a fine powder)
24 oz chocolate chips
1 tsp. salt
18 oz Cadbury bar (grated)
4 eggs
2 tsp. baking powder
3 cups chopped nuts (your chream the butter and both sugar. Add eggs and vanilla, mix together with flour, oatmeal, salt, baking powder, and soda. Add chocolate chips, Cadbury bar and nuts. Roll into balls and place two inches apart on a cookie sheet..bake for 10 minute at 375 degrees. Makes 122 cookies.

Sumber biskutraya.com

Biskut Mazola

Bahan-bahan

200gm tepung gandum
200gm kacang tanah-goreng tanpa minyak dan kisar halus
100 gm gula -kisar halus
1 botol kecil Minyak mazola/secukupnya
Kuning telur

Cara-cara

Di dalam mangkuk besar gaul sebati tepung, gula dah kacang kisar.
Tuangkan minyak mazola sedikit sedikit dan uli adunan hingga menjadi doh yg lembut.
Bentukkan doh mengikut citarasa dan susun didalam loyang yg telah di lengser dgn mentega.
Sapukan atasnya dgn kuning telur dan bakar didalam oven hingga masak kekuningan.

Kek Coklat Kukus

Ini resepi banyak marvellous, senang dan sedap!!

Bahan2

2 cawan tepung blue key (aku guna tepung naik sendiri brand Tesco)
1 cawan gula halus
1 cawan susu pekat manis
1 cawan milo
1 cwn serbuk koko
4 biji telur ayam
1 cawan minyak masak
1 cawan air panas

Cara2

Campurkan semua bhn satu persatu. Just pakai wisk , xyah pakai mixer..takut terlalu naik nanti...bancuh rata then kukus dlm masa 40 minit camtu...senang taw! sedap & moist lagi!

Sumber : Nita

Kek Coklat Lembap
Bahan-bahan

250gm butter
1 cawan gula castor
1 cawan gula perang
4 biji telur (A)
1 sudu teh esen vanila
1 cawan susu segar suam
1 1/4 cawan tepung naik sendiri
3/4 cawan serbuk koko

Utk choc ganache:

150gm coklat masakan
1 sudu besar susu pekat
1/4 cawan air panas
1 sudu besar butter

Cara memasak
1. Griskan loyang bulat yang bergaris pusat 9inci dengan butter dan tepung dan panaskan kukusan. Ayak tepung bersama serbuk koko.
2. Pukul butter bersama gula castor dan gula perang hingga kembang. Masukkan esen vanila dan pukul lagi.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul hingga gebu dan kembang.
4. Masukkan susu dan tepung yang diayak secara selang seli dan guna kaedah kaup balik hingga adunan sebati
5. Masukkan kedalam loyang dan tutup loyang dgn aluminium foil. Kukus selama 1 1/2 jam.
6. Bila sejuk barulah diletak atas pinggan kek dan hiaskan dgn choc ganache.
7. Untuk membuat choc ganache: masukkan coklat masakan yg dipotong kecil2, susu pekat dan air panas kedalam periuk dan masaklah cara double boiler hingga cair. Padam kan api dan masukkan mentega. Kacau hingga mentega cair.
8. Curahkan atas kek yg dah sejuk dan hiaskan mengikut cita rasa masing-masing. Kek ini lebih sedap dimakan jika dah disejukkan dalam peti ais..

Tip: Untuk menghasilkan permukaan kek yg cantik bila kita curahkan choc ganache, terlangkupkan bahagian atas kek keatas pinggan. Biar bahagian bawah kek yg duk kat atas.

Sumber : myresepi.com

Kek Coklat Lembab Yang Sedap, Nyum, nyum...

Bahan-bahan ( saiz 20 cm )

2 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
1 cawan gula perang

Bahan A

1 sudu kecil vanila
1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe

Bahan B

2 sudu kecil sodium bicarbonate
1 sudu kecil baking powder
1/2 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum

** Topping **

1/2 cawan koko van hauten
1/2 cawan susu pekat
1 sudu besar minyak masak

Cara-cara

Pukul telur hingga kembang
Masukkan gula dan pukul lagi
Kemudian masukkan minyak masak
Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak

Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah ok…taruk je atas kek yg dah sejuk


Sumber resipi: fendy75@myresipi.com

Tuesday, August 10, 2010

Kek Butter

Bahan-bahan

160gm butter
150gm gula halus
3 biji telur saiz sederhana
140gm tepung serbaguna (diayak)
30gm tepung jagung (diayak)
1 sudu teh baking powder (diayak)
1 sudu teh esen vanilla
80ml susu cair

Cara-cara

1) Panaskan oven pada suhu 170ºc-180ºc dan sediakan loyang yang dilapik dengan paper bake 2) Campurkan semua bahan dalam mixing bowl,Pukul dengan low speed sehingga semuanya rata.
3) Tambahkan kelajuan pada medium speed dan pukul hingga adunan menjadi creamy dan putih.
4) Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah disediakan.
5) Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan selama 40 hingga 45 minit atapun golden brown.
6)Biarkan 5 minit sebelum disejukkan atas redai besi.

Sumber : Jo's Deli Bakery

Sunday, August 8, 2010

Makanan anti-kolesterol

10 Jenis Makanan Anti-kolesterol

Berikut ini disenaraikan 10 jenis makanan yang boleh mengurangkan kolestrol. Selepas ini, bolehlah perbanyakkan memakan makanan seperti ini.


1. SOYA
Kacang soya merupakan makanan popular yg diproses untuk mendapatkan susu Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian.Ia juga dpt menghidarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)

2. KUACI
Kuaci mempunyai kandungan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.

3. BUAH KERING
Antara pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko serangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam the, brokoli, tomato, bawang serta delima.

4. EPAL
Memakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg memakan makanan segera dan kemudiannya memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku kemak dlm badan.

5. IKAN TUNA
Termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.

6. KACANG TANAH
Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.

7. MANGGA
Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dlm tubuh.

8. KISMIS
Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiap yg mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%.

9. OAT
Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda.

10. JAMBU BATU
Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai.

Doa dalam Sujud

Ya Allah..Berikanlah daku kekuatan untuk mengharungi, menahan cubaan
dan dugaan dari Mu dengan penuh kesabaran..."

DOA SEWAKTU BERSUJUD DAN KEISTIMEWAANNYA

Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa
sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh
Rasulullah s. a. w. yang biasa memanjangkan sujudnya dengan
memperbanyakkan zikir
dan doa didalamnya.

Sabda Rasulullah s. a. w :- "Suasana yang paling hampir antara
seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu
hendaklah
kamu memperbanyakkan doa di dalamnya."

Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah
satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu
sujud
akhir dalam solat.

"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, iman
yang
benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang
tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar."

Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau
sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan
Allah
dunia dan akhirat.

Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di
dalamnya.

Rasulullah s. a. w biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat
hairan kerana lamanya baginda bersujud.

Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam
sabdanya yang bermaksud:-

"Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di
hari kiamat"

Mendengar itu para sahabat bertanya: "Bagaimanakah engkau dapat
mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?"

Jawab baginda: "Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta
dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula
terdapat sekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat
mengenalinya?"

Sahabat Menjawab:
"Bahkan !" Rasulullah menyambung: "Kerana
sesungguhnya pada hari itu (kiamat) muka umatku akan putih
(berser-seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka ( terutama anggota
wudu') putih berseri-seri oleh cahaya wudhu' !!!"


KEISTIMEWAANNYA...

Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya.
Rasulullah
s.a.w. bersabda yang bermaksud:-

"Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli
neraka yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya
mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan
dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana
Allah swt menegah neraka memakan (menghapuskan) bekas-bekas sujud itu,
lalu mereka pun keluar dari neraka,
maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas
sujud"

Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud. Orang yang sujud
mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa.
Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan
menjadi
hamba yang benar-benar mendapat rahmat. Amin, ya rabbal alamin.....

Kembaraku mencari mu.....

"Ya Allah, ampunkan segala dosa-dosa yang aku lakukan, tunjukkanlah aku jalan yang lurus,Permudahkanlah segala urusan dunia dan urusan akhiratku.

Ya Allah, kau tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, Iman yang benar, Ilmu yang bermanfaat, Kesihatan yang elok, Kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan berikanlah kejayaan yang besar untukku.

Ya Allah, aku bersyukur diatas segala nikmat yang kau berikan kepadaku. Usahlah kau pesongkan hatiku ini setelah engkau berikan aku petunjuk dan hidayahmu. Sesungguhnya aku memohon redho dan keampunanmu selalu untukku.... "

Waktu Mustajab Doa

Bismillahhirrahmanirrahim....

Waktu Makbul Untuk Berdoa
Waktu Berdoa yang paling dekat untuk dikabulkan oleh Allah SWT

Menurut Ibn `Atha , doa itu mempunyai beberapa rukun yang kuat menyebabkan naik ke langit untuk diterima Allah s.w.t . Rukun yang paling utama ialah menghadirkan hati dan memohon dengan tawaduk. Syarat- syarat doa itu adalah berdoa dengan penuh keikhlasan dari hati dan bertepatan dengan waktu yang dimakbulkan doa , iaitu :

1) Selesai solat fardu.

Sabda Nabi s.a.w ketika ditanya tentang waktu mustajab doa :
“ Doa itu mustajab pada waktu malam dan selesai solat fardu .” (HR Al-Tirmizi)

2) Pada waktu tengah malam terutama sepertiga akhir malam . Sabda Nabi s.a.w

“ Allah s.w.t turun ke langit dunia apabila tinggal sepertiga malam yang terakhir dan berkata : Ada sesiapa yang memohon kepada-Ku untuk Kumakbulkan , ada sesiapa yang meminta kepada-Ku untuk Kuberikan , ada sesiapa yang beristighfar memohon keampunan untuk Kuampunkan?” ( HR Bukhari dan Muslim )

3) Pada malam Lailatulqadar.

Malam Al-Qadar berlaku pada bulan Ramadhan . Kemungkinan besar ia berlaku pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan berdasarkan kepada beberapa hadis yang menggesa para sahabat mencari malam Al-Qadar pada sepuluh malam terakhir .

Aisyah r.a bertanya kepada Rasulullah s.a.w “ Sekiranya saya bertemu dengan Lailatul Qadar , apakah yang perlu say abaca? Jawab Rasulullah s.a.w sebutlah olehmu Ya Allah, sesungguhnya Kamu Maha Pemaaf lagi Maha Mulia . Kamu sukakan kemaafan . Jesteru , maafkanlah aku .” (HR Al-Tirmizi, Ibn Majah & Al-Nasa’ie , lihat sahih Al-Tirmizi )


4) Waktu diantara azan dan iqamah.

Sabda Nabi s.a.w
“ Tidaklah ditolak doa diantara azan dan iqamah .” ( HR Al-Tirmizi)


5) Sepanjang hari Jumaat dengan harapan bersua dengan waktu mustajab doa.

Sabda Nabi s.a.w
“ Pada hari Jumaat itu , ada satu waktu yang apabila seseorang hamba memohon sesuatu kepada Allah , maka akan diberikannya .” (HR Bukhari & Muslim )


6) Ketika sujud dalam solat .

Sabda Nabi s.a.w
“ Sehampir-hampir hamba kepada Tuhannya ialah ketika waktu sujud , maka perbanyakkanlah berdoa .” ( HR Muslim )


7) Ketika membaca Al-Quran

8) Ketika khatam 30 juzuk Al-Quran.

Allah s.w.t berfirman dalam surah Fatir ayat ke-29 maksudnya :
“ Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan daripada apa yang kami kurniakan kepada mereka secara tertutup atau terbuka , mereka ( dengan amalan yang demikian ) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian , supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahkan mereka daripada limpah kurnia-Nya . Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya ( akan orang-orang yang bersyukur kepada-Nya )


9) Ketika mendengar ayam berkokok.

Nabi s.a.w. bersabda
“ Apabila kamu mendengar ayam berkokok, maka mohonlah anugerah-Nya kerana ayam itu melihat malaikat .” (HR al-Bukhari , Muslim )


10) Ketika turun hujan

Dari Sahl bin a’ad Radhiyallahu ‘anhu bahawasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda.
“Dua doa yang tidak pernah ditolak ; doa ketika waktu adzan dan doa ketika waktu hujan”. (Mustadrak Hakim dan dishahihkan oleh Adz-Dzahabi 2/113-114).
Imam An-Nawawi berkata bahawa penyebab doa pada waktu hujan tidak ditolak atau jarang ditolak ialah kerana pada saat itu sedang turun rahmat khususnya curahan hujan pertama di awal musim. (Fathul Qadir 3/340).


11) Ketika berpuasa.

Sabda Nabi s.a.w
“ Tiga bentuk doa yang dimustajabkan Allah , doa ibu bapa terhadap anak , doa orang yang berpuasa dan doa orang bermusafir .” (HR Al-Baihaqi)

12) Tatkala Berbuka Puasa Bagi Orang Yang Berpuasa

Dari Abdullah bin ‘Amr bin ‘Ash Radhiyallahu ‘anhu bahawa dia mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.

“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak”. (Sunan Ibnu Majah, bab Fis Siyam La Turaddu Da’watuhu 1/321 No. 1775. Hakim dalam kitab Mustadrak 1/422. Dishahihkan sanadnya oleh Bushairi dalam Misbahuz Zujaj 2/17)


13) Sepanjang perjalanan semasa bermusafir.

Sabda Nabi s.a.w
“ Tiga bentuk doa yang dimustajabkan Allah , tidak syak padanya iaitu : Doa orang yang teraniaya , Doa orang yang bermusafir dan Doa ibu bapa terhadap anaknya.” ( HR Abu Dawud)


14) Ketika berjihad dan sewaktu melaksanakan ibadah haji atau umrah.

Hal ini berdasarkan sebuah hadis :
“ Orang yang berjihad pada jalah Allah dan orang yang mengerjakan haji serta umrah merupakan tetamu Allah , mereka berdoa kepada Allah lalu diterimanya.” (HR Ibn Majah)


15) Ketika iman meningkat kerana mentaati Allah .

Sabda Nabi s.a.w.
“ …dan adalah hamba-Ku mendekatkan dirinya kepada-Ku dengan ibadah yang sunat sehingga aku mencintainya. Jika aku sudah mencintainya , aku akan menjadi pendengarannya yang dengannya dia mendengar dan penglihatannya yang dengannya dia melihat dan tangannya yang dengannya dia menyentuh dan kakinya yang dengannya dia melangkah, dan jika dia meminta akan ku berikan , dan jika dia meminta perlindungan nescaya akan kulindungi …” (HR al-Bukhari ) .


Hadis ini menjadi bukti jaminan mustajabnya doa hamba tatkala keimannya memuncak . Ini boleh berlaku dengan beriltizam dengan ketaatan mengerjakan amal ibadah kepada Allah . (Fiqhud Du’a , Bab siapa yang Mustajab Doanya )


16) Waktu menerima ujian.

Allah s.w.t berfirman dalam surah al-Naml ayat 62 , yang bermaksud
“ Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepada-Nya , dan yang menghapuskan kesusahan , serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu ) mendiami dan menguasai bumi ? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah ? Amat sedikit antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu ).”


Menurut pandangan ulama , dijamin penerimaan doa orang yang menghadapi bebanan ujian kerana biasanya bala yang berlaku menyebabkan timbulnya pasrah dan ikhlas berdoa meminta diselamatkan . (Tafsir al-Qurtubi ,tafsir ayat 62 surah al-Naml)


17) Ketika tentara Islam berhadapan dengan tentera musuh.

Dalilnya ialah Nabi s.a.w bersabda
“ Dua jenis doa yang tidak akan ditolak oleh Allah s.w.t atau jarang sekali ditolak : doa sewaktu azan dan doa ketika berlakunya peperangan.” (HR Abu Dawud,hadis hasan )


18)Doa Ketika Hari Arafah

Dari ‘Amr bin Syu’aib Radhiyallahu ‘anhu dari bapaknya dari datuknya bahawasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.
“Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah”. (Sunan At-Tirmidzi, bab
Jamiud Da’waat 13/83)


19) Petang Khamis malam Jumaat (Hadis Tarmizi)

20) Salah satu waktu dimalam hari (Hadis Muslim)

21) Ketika musafir, teraniaya, bapa mendoakan kecelakaan anak (Musnad ahmad bin Hanbal)

22) sesudah waktu asar hari Jumaat (Imam ahmad)

23) Pada bulan Ramadhan

24) Pada waktu Zuhur bulan Ramadhan

25) Ketika mendengar Azan

26) Diantara dua "Hayya'Alalfalah"

27) Ketika Iman membaca "Waladdhallin"

28) Sesudah Iqamat sembahyang

29) Ketika membaca Al-quran

30) Ketika dalam majlis Zikir

31) Ketika berbaris Perang Sabil

32) Ketika berkecamuk Perang Sabil

33) Ketika minum air Zam-Zam

34) Ketika memejamkan mata mayat

35) Ketika awal hari Arba'a

36) Ketika melihat Kaabah

37) Ketika melontar Jumrah di Mina

38) Ketika menziarahi makam nabi di Madinah