Ini adalah senarai makanan kesukaan saya.......
Dah lama saya cari resepinya....
RESEPI NASI MINYAK
BAHAN-BAHAN
Beras 5 cawan campur 9 cawan air
1 1/2 sd besar sos tomato
2 sd besar susu cair
garam
1 helai daun pandan
2-3 titik perwarna
BAHAN MENUMIS
1/2 labu bawang besar - potong bulat-bulat
cengkih,bunga lawang,buah pelaga,kulit kayu manis
CARA MENUMIS
Panaskan minyak..goreng sedikit rempah ratus spt : bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga, cengkih dan bawang besar..goreng sehingga kekuningan.
CARA MASAK NASI MINYAK
Basuh beras,toskan kemudian masukkan beras spt biasa dlm rice cooker kemudian campurkan bahan menumis itu tadi kemudian campurkan sos tomato, susu cair, secubit garam dan daun pandan. Masak seperti biasa..apabila masak campurkan pewarna 2-3 titik kemudian gaul nasi seperti biasa.
GULAI NASI MINYAK
1/2 kilo ayam atau daging
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit halia
2 sudu besar rempah nasi minyak
1 1/2 susu besar sos tomato
2 sudu besar susu cair
gula melaka (nisan)
1 helai daun pandan
BAHAN UNTUK MENUMIS
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
cengkih, buah pelaga, bunga lawang dan kayu manis
CARA MEMASAK
Daging di potong kecil-kecil, kemudian digaul dengan rempah bawang, halia dan sos tomato serta susu cair. Kemudian tumiskan bahan-bahan tumis sehingga naik minyak, masukkan daging dan kacau hingga rata. Selepas itu, masukkan gula melaka (nisan) dan daun pandan serta garam, ajinomoto...
NASI DAGANG
BAHAN-BAHAN
1 Kg Beras Siam
1 Kg Beras Pulut
1 Biji Kelapa
3 sudu besar garam campurkan kedalam santan (secukup rasa)
Sedikit halia - hiris halus-halus
Sedikit halba
5 biji bawang merah dihiris nipis-nipis
CARA MEMASAK
Beras direndam terlebih dahulu pada malamnya dan ditoskan serta dikukus pada keesokkan harinya.
Apabila beras kembang, angkat dan digaul dengan santan cair. Kukus sekali lagi, apabila keluar wap, terus angkat dan gaulkan dengan santan pekat dan juga bawang merah, halia dan halba.
RESEPI GULAI NASI DAGANG
BAHAN-BAHAN:
1 1/2 kg ikan tongkol
1 bungkus ( 35 gram ) rempah gulai ( kuning )
2 sudu besar rempah masak ( hitam )
130 gram bawang merah - di tumbuk / kisar
5 hiris lengkuas - di tumbuk/ kisar
4 hiris halia - di tumbuk/ kisar
4 ulas bawang putih - di tumbuk / kisar
4 sudu besar cili boh
Gula melaka
Garam, ajinomoto
Santan - 1 biji kelapa
CARA MEMASAK
Ikan di rebus dengan sedikit air dengan secubit garam dan 2 keping asam keping
Santan pekat (kepala santan) di masak sehingga naik minyak di campur cili boh dan biarkan naik minyak.
Masukkan bahan-bahan yang di kisar/di tumbuk dan kedua-dua rempah hingga naik minyak, akhir sekali masukkan lebihan santan tadi, garam, gula melaka dan ajinomoto.
GULAI KAWAH
BAHAN-BAHAN
500gm daging lembu [potong nipis kecil dan basuh & toskan]
2 s/b kerisik
2 cawan santan pekat
2 s/b gula merah/perang [brown sugar]
2 keping asam gelugur
minyak
garam
BAHAN MESIN
20 tangkai cili kering
1 s/b rempah kari daging
2 s/b rempah mentah gulai cap ROSE
1 s/b rempah masak gulai cap ROSE
7 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
3 cm halia
2 cm lengkuas
BAHAN TUMIS
2 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
CARA-CARA
Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
Masukkan bahan mesin dan masakkan sampai wangi dan naik minyak.
Masukkan daging dan kacau rata. Masukkan sikit air dan kacau rata lagi.
Bila nampak naik minyak masukkan santan, kerisek, garam dan gula merah. Biarkan reneh sampai mendidih. kacau sekali sekala.
Bila mendidih masukkan asam gelugur dan biarkan sampai pekat.
Bila dah pekat, boleh hidangkan.
NASI KUNING TERENGGANU
BAHAN MENUMIS
Cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang
Bawang besar - di potong bulat-bulat
Daun pandan - 1 atau 2 helai
Serbuk kunyit - sedikit
Garam - secubit
CARA-CARA
Panaskan minyak masukkan bawang besar, cengkih,bunga lawang,buah pelaga dan kulit kayu manis biarkan kekuningan baru masukkan nasi yang hendak di masak.
Masak nasi seperti biasa dan campurkan bahan yang di tumis serta secubit garam,daun pandan dan sedikit serbuk kunyit.
GULAI AYAM
BAHAN 1 (UNTUK MENUMIS)
Bawang merah- 1 labu
Bawang putih - 2 ulas
Kulit kayu manis
Cengkih
Buah pelaga
Bunga Lawang
BAHAN-BAHAN 2
1/2 Ekor ayam - dipotong kecik-kecik
Bawang merah 3 labu - ditumbuk
bawang putih 2 ulas - ditumbuk
Cili boh - 2 sudu
3 sudu besar rempah gulai cap bunga rose
1 1/2 sudu besar rempah masak cap bunga rose
Kentang - di belah 2
Asam jawa - secubit
Santan - bergantung pada anda
Air - 1 cawan
Belacan - secubit
Gula - 1 sudu kecil
Garam
CARA MEMASAK
Panaskan minyak, tumiskan bawang merah, bawang putih, cengkih,kulit kayu manis,buah pelaga dan bunga lawang hingga wangi, kemudian masukkan cili boh dan bawang merah yang di tumbuk hingga naik minyak dengan api sederhana..biarkan beberapa minit.Kemudian masukkan kentang, rempah gulai dan rempah masak kemudian masukkan sedikit air, biarkan beberapa minit, masukkan ayam yang telah di bersihkan, gaul kalau kering masukkan sedikit air biarkan naik minyak biarkan kentang empuk baru masukkan santan, garam,gula,asam jawa,belacan dan sedikit air..biarkan naik minyak dengan api sederhana.. apabila masak, sedia untuk di hidangkan.....